sory lama tak update. sindrom malas memblog datang daa... ni baru nak update.
korang tau dak yg korang leh buat rayuan utk kurangkan saman2 trafik korang. aku pun penah dgr tapi tak penah la buat. so nak dijadikan cerita, sebagai rakyat malaysia yg bertanggung jawab & ade duit lebih, aku pun tergerak la nak mensetelkan semua saman2 aku. nak tau bape byk saman aku? ade la 1 1/2 mukasurat (ni aku print dr rilek.com) & total up 4 digit gak la kena bayar :(
so semlm aku pun pegi la ke balai polis jln bandar, aku pun tanya la kat kaunter bayaran tu.
me: kak, leh dapat diskaun dak? banyak ni?
kakak polis: boleh, tapi 30% jer la. kalo nak lagi diskaun kena pegi bukit aman buat rayuan. tapi rayuan hanya pada hari selasa & khamis jer
me: ooo kalo cam tu sy gi bukit aman jer la. terima kasih.
pagi tadi dgn kadar segera aku pun terus pi bukit aman. setelah a few hours menunggu akhirnya dapat la diskaun 50%. selamat banyak duit aku :)
ni dia cara2 nak buat rayuan (actually tak yah merayu2 pun, surat rayuan pun tak yah)
steps dia jeng jeng jeng:
1. pegi kat kaunter semakan saman & bayaran bukit aman pada hari selasa & khamis jer.
2. rayuan start pukul 1030am - 1230pm & 230pm-430pm tapi no giliran kul 8am depa dah start bagi (aku smpi kul 930am dpt no ke 115). no giliran amik kat kaunter 2, ckp jer nak buat rayuan tp kena tunjuk surat saman. kalo surat saman tak de, buat semakan dulu. semakan leh buat kat situ gak.
3. then tepat kul 1030, depa akan start panggil no semua, sekejap jer process dia. bila tiba turn korang, gi kaunter 2, dia akan cop "Rayuan Diterima" kat saman tu pastu pas kat officer dia, officer tu akan sign & remark bape kena bayar. usually 50% la diskaun. tapi cam parking yg rm70 tu dia suh byr rm30 jer.
4. pastu gi next kaunter, byr la ape lagi :P
so semoga berjaya... org jgn cakap la ramai giler la hari tu...
akhir kata jadilah pemandu berhemah hehehehe